Sunday 24 June 2018

Guna produk berasas organik


Setiap wanita mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza. Ada yang kering, berminyak, berjerawat dan kelihatan kusam serta tidak berseri.
Dalam mengatasi setiap permasalahan itu, pastinya produk penjagaan kulit wajah yang digunakan selain rawatan dijalankan mestilah bersesuaian dengan masalah dialami.
Pemilik wajah kering tidak boleh menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang digunakan individu mempunyai kulit wajah berminyak begitu juga sebaliknya.
Penggunaan produk penjagaan kulit wajah yang tepat dan khusus bukan saja dapat mengatasi masalah dialami malah membantu mendapatkan hasil diidamkan.


Dalam membantu setiap wanita yang mempunyai pelbagai masalah kulit wajah, wanita gigih ini, Azliana Md Yusof, 35, berusaha menghasilkan produk penjagaan kulit organik yang dihasilkan sendiri mengikut kesesuaian pelanggannya.
Menggunakan pengalamannya berkecimpung dalam bidang pembangunan produk kecantikan di beberapa syarikat antarabangsa, Azliana berkata, dia tekad menghasilkan sendiri produk berasaskan organik selepas berhenti bekerja.
“Setiap pelanggan yang datang bertemu saya di Bellenina Spa & Wellness di 280 Park Homes, Taman Puchong Prima akan melalui proses analisis kulit wajah terlebih dulu.
“Selepas mengetahui jenis masalah, saya akan menerangkan kepada pelanggan terutama mengenai bahan yang akan digunakan dalam produk khusus untuk kulit wajah mereka,” katanya.
Menurut Azliana, apa juga masalah dialami pelanggan, dia akan menggunakan bahan organik dalam setiap produknya kerana yakin ia yang terbaik dan selamat.
MAKMAL SENDIRI
Dalam menghasilkan produk penjagaan kulit, Azliana akan meletakkan sepenuh fokusnya bagi memastikan produk yang terhasil adalah terbaik.
“Selain untuk individu, saya juga menyediakan perkhidmatan menghasilkan produk kepada individu yang mahu menjual produk kecantikan organik atas jenama sendiri.
“Saya juga tidak menetapkan jumlah tempahan apabila pelanggan boleh membuat tempahan serendah 20 unit saja dalam satu masa,” katanya.
Azliana berkata, kebiasaannya, pemilik akan berbincang mengenai jenis produk yang mereka mahu sebelum dia memulakan proses pembuatan produk organik itu.
“Saya mempunyai makmal mini sendiri untuk proses penghasilan sesuatu produk.
“Setiap produk atas jenama saya ia dijual dalam lingkungan harga RM20 hingga RM65 manakala bagi mereka yang ingin menghasilkan produk atas jenama sendiri harga bermula serendah RM5 saja,” ujarnya.
Menurutnya, antara yang dihasilkan ialah buih dan sabun pencuci wajah, penyegar, pelembap, skrub, produk penjagaan rambut dan badan serta barangan penjagaan fabrik.
“Sama yang menempah untuk kegunaan sendiri atau jualan, pelanggan perlu menunggu seketika kerana produk saya dihasilkan mengikut keperluan setiap orang. Saya tiada produk yang sedia dibeli. Ini kerana setiap individu memerlukan formula dan bahan kandungan produk berbeza,” katanya.
BERKONGSI ILMU DAN KEMAHIRAN
Selain fokus dalam penghasilan produk, Azliana turut mengajar wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang kecantikan iaitu berkaitan spa asas selain beberapa cabang kecantikan lain.
“Saya sangat meminati bidang kecantikan dan mahu membantu lebih ramai wanita tampil cantik dan sihat.
“Pada masa sama, saya juga berazam membantu individu yang mahu berkecimpung dalam bidang ini dengan berkongsi ilmu rawatan wajah dan pengetahuan mengenai masalah kulit serta cara mengatasinya,” katanya.
Kata Azliana, semua dilakukan demi memastikan lebih ramai wanita mempunyai kulit wajah yang sihat menggunakan produk organik.
“Apabila berniaga perlu sematkan niat mahu membantu orang, barulah kepuasan itu dapat dirasai. Tentunya saya rasa bangga dan puas hati dapat membantu wanita mendapat kulit yang diidamkan,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro

BUNTU DENGAN MASALAH JERAWAT? PARUT? KULIT KUSAM? WAJAH NAMPAK TUA? MASIH GAGAL NAK DAPATKAN KULIT CERAH DAN SIHAT?


WALAUPUN DAH CUBA MACAM2 PRODUK?
Kenapa tak cuba kaedah klasik yang terkenal sejak dulu lagi dan yang paling penting SELAMAT DAN JIMAT !



Berikan peluang pada diri anda untuk mengamalkan masker Turmeric+ yang telah TERBUKTI dapat mengecutkan jerawat SEPANTAS 1 HARI dan menjadikan kulit sihat, bersih dan cerah dalam jangka masa panjang.



Apa kata mereka yang telah menggunakan Turmeric+ ?







Apa yang best tentang Turmeric+ ni ?

Turmeric+ adalah ramuan lengkap untuk nutrisi kulit kita. Dengan menggunakan 100% bahan organik dan tanpa pengawet, Turmeric+ selamat digunakan tanpa meragui kesan sampingan kepada kulit.

Digunakan sebagai masker dan scrub, Turmeric+ boleh digunakan setiap hari untuk kebaikan kulit kita. Sesuai digunakan oleh seisi keluarga.

Antara bahan organik yang terdapat dalam Turmeric+ adalah :

    • Beras
    • Kunyit
    • Temulawak
    • Cekur
    • Kulit Kayu Manis
    • Kulit Manggis
    • Garam Bukit

Kebaikan menggunakan Turmeric+ :

  • Hilangkan jerawat dan jeragat
  • Mengurangkan kesan parut akibat jerawat
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Sebagai agen pencerah semulajadi
  • Menegangkan dan menghaluskan kulit
  • Menghilangkan garis halus tanda penuaan
  • Menjadikan kulit gebu dan awet muda

Bayangkan Perasaan Anda Selepas Menggunakan Turmeric+



  • Puas hati kerana jerawat kat muka dah hilang
  • Teruja kerana hanya perlu tacap makeup nipis je sebab dah natural beauty
  • Tersenyum dipuji rakan rakan
  • Suami semakin sayang apabila belai kulit anda yang halus dan gebu
  • Senyum depan cermin kerana kulit flawless


Ini Soalan Yang Biasa Ditanya

  • Berapa Lama Boleh Nampak Kesan ?
Berdasarkan feedback pelanggan kami, kesan seawal 1 hari jerawat akan pudar. (Kesan penggunaan tertakluk kepada metabolisma badan masing-masing).

  • Berapa Lama Penggunaan 1 Botol Turmeric+ ?
1 Botol Turmeric+ 140g cukup untuk kegunaan 1 hingga 2 bulan bergantung pada penggunaan. Pek jimat 35g cukup untuk 1 hingga 3 minggu bergantung pada penggunaan.

  • Bagaimana Turmeric+ Berfungsi?
Ramuan semulajadi Turmeric+ akan membekalkan nutrisi lengkap untuk kulit selain mematikan sel jerawat serta menyerap minyak berlebihan. Apabila digunakan sebagai scrub, ia akan memudarkan parut bekas jerawat sekaligus menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik secara semulajadi.

  • Apa Akan Jadi Kalau Saya Berhenti Menggunakan Turmeric+ ?
Tidak menjadi sebarang masalah sekiranya berhenti atau jarang menggunakan Turmeric+ kerana Turmeric+ bukanlah ubat tetapi hanya rawatan tradisional dan 'suppliment' terbaik untuk kulit agar sihat semulajadi.

  • Berapa Harga ?
Hanya serendah RM10 untuk pek jimat 35g Zip Lock dan RM45 untuk botol 140g + free gift + free postage seluruh Malaysia.

  • Bagaimana Nak Order ?
Boleh menghubungi agen dan stokis kami yang berhampiran anda atau terus whatsapp HQ di nombor 016 2003 885 dan team kami akan bantu anda.

  • Ada Offer Lain ?
Ada. Sertai kami sebagai agen dan stokis dengan MODAL YANG SANGAT RENDAH dan jana pendapatan sehingga 4 angka sebulan tanpa perlu buat banyak kerja kerana akan dibantu oleh team kami dengan pakej2 terbaik dari kami agar agen dan stokis mudah membuat jualan.

Hubungi Kami Sekarang

0 comments:

Post a Comment