Monday 28 May 2018

Cara Buat Jus Kurma Susu

Petua Atasi Letih & ‘Maintain’ Susu Badan Di Bulan Puasa Dengan Jus Kurma Susu
.
“Penatnya nak puasa masa mengandung ni. Rasa pening-pening lalat setiap kali berdiri lama. Risau pun ada juga, takut membahayakan bayi dalam perut. Dengar-dengar kalau minum jus kurma susu bagus untuk keadaan begini. Tapi, bagaimana cara buat jus kurma susu tu? Campurkan saja semua ke?”

Seperti yang kita tahu, kurma memang mengandungi terlalu banyak khasiatnya.



Ia dapat meningkatkan tenaga dalam 30 minit selepas memakannya. Sebab itulah umat Islam amat dianjurkan memakan buah kurma terlebih dahulu semasa berbuka puasa.

CARA BUAT JUS KURMA SUSU. LANGKAH DEMI LANGKAH

Begini kami kongsikan cara buat jus kurma susu. Mudah, hanya guna 3 bahan saja!

BAHAN:

  • 7 butir kurma, buang bijinya (untuk 1 gelas)
  • Air kosong secukupnya
  • Susu segar, susu UHT, atau susu kambing
    * Tidak digalakkan memakai susu tepung atau susu pekat

CARANYA:

1. BUANG BIJI KURMA

Asingkan kurma daripada bijinya. Bijinya ini banyak khasiat juga. Kalau rajin anda boleh keringkan dan jadikan kopi.

2. RENDAMKAN

Rendam di dalam air kosong hingga menutupi permukaan kurma yang paling atas. Biarkan ia semalaman, kira-kira dari waktu Isyak hingga waktu sahur. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk atau dalam suhu bilik.
Air rendaman kurma ini juga bagus diminum begitu saja. Ia digelar air naqi’ atau ada yang menyebutnya air nabeez. Sangat sesuai untuk detoks!

3. CAMPUR DENGAN SUSU

Ketika bangun sahur, campurkan kurma yang terendam tadi beserta air rendamannya bersama susu secukupnya.

4. KISAR

semuanya hingga halus menggunakan blender.


5. SIAP!

Minum setelah makan sahur. Kalau nak nampak lebih berselera, boleh tambah toppingseperti kacang almond cincang, atau serbuk kayu manis.
Jika ingin meminumnya lagi semasa berbuka puasa, kurma boleh direndam lagi apabila selesai bersahur.
*Bagi yang alah atau tidak suka dengan susu, boleh juga menggantikan dengan yogurtasli. Tetap lazat!



0 comments:

Post a Comment