Friday 1 June 2018

10 Rahsia Cantik dari Thailand yang Mesti Anda Amalkan, Petua No. 7 Licinkan Kulit Wajah

Siapa pernah tonton filem atau drama Thailand, pasti cemburukan kulit pelakonnya yang mulus dan putih? Rasanya apa petua yang diamalkan mereka untuk mendapatkan kulit cantik dan bersih sebegitu? Adakah faktor genetik?


THAILAND, sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam dan menjadi tumpuan pelancong kerana terkenal dengan kecantikan pulaunya. Bukan pulau sahaja yang cantik, malah kecantikan wanita Thailand juga dikagumi semua. 

Daripada petua kekal awet muda agar tidak dimamah usia hinggalah cantik luar dan dalamnya, wanita Thailand ada rahsia dan ritual cantik mereka. Kami bongkar rahsia cantik wanita Thailand agar jadi panduan buat kita semua. 

1. Makanan yang Kaya dengan Herba dan Rempah-ratus
Herba dan rempah-ratus mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman. Maka, tidak hairanlah kebanyakan masakan Thai menggunakan herba dan rempah-ratus dalam setiap menu. Antara herba dan rempah-ratus yang sering digunakan seperti kunyit, serai, asam jawa, rempah kari, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, daun kesum dan daun pudina.

Herba dan rempah-ratus berkesan untuk kesihatan dalaman kerana ia melancarkan peredaran darah, melawaskan sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, bahan-bahan ini juga merupakan sumber semula jadi pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang baik untuk kecantikan kulit dan rambut. 

2. Minuman Ala ‘Detox’
Minuman ala ‘detox’ pula cukup sinonim dalam kalangan wanita Thai. Selain menghilangkan dahaga, ia juga berfungsi menyingkirkan toksik dan lelemak daripada badan. Salah satu jus ‘detox’ yang terkenal dalam kalangan masyarakat Thai ialah jus serai.

Jus ini adalah campuran serai dan limau nipis. Untuk membuang lemak dan angin dalam badan, ambil tiga batang serai dan rebus bersama dua cawan air. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal satu cawan air. Kemudian, minumlah semasa masih panas. Amalkannya selalu agar badan terasa lebih ringan. 


3. Amalan Berurut 
Amalan berurut juga menjadi simbolik kepada negara gajah putih ini. Golongan wanita di sana lebih senang menjadikan amalan berurut sebagai rutin kecantikan mereka. Ini kerana berurut dapat melancarkan peredaran darah, merehatkan badan dan mampu menenangkan fikiran. Apa kata kamu cuba buat sendiri minyak urut dengan ramuan berikut: 
  • Minyak kelapa (dibuat menggunakan santan daripada sebijik kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak) 
  • 3 camca besar halba
  • 4cm halia
  • 4cm kunyit hidup 
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah 
CARANYA: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, masak bersama halba dan minyak sehingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama. Sapukan minyak ini pada seluruh tubuh ketika kamu berurut. 


4. Santan Kelapa 
Satu lagi rahsia cantik wanita Thai adalah rambut mereka yang sihat, hitam dan lebat. Ini kerana mereka lebih selesa menggunakan sumber asli untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik secara semula jadi. Caranya mudah saja, lembapkan rambut dengan santan pekat selama 30 minit, kemudian bilas. Hasilnya, rambut kelihatan hitam, bersinar dan lebat. 

5. Limau Nipis 
Limau nipis juga banyak digunakan dalam masakan dan minuman Thai. Kaya dengan kandungan vitamin C, limau nipis juga berupaya mengharumkan rambut. Jika kamu berkesempatan, cuba petua kecantikan wanita Thai ini. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris, kemudian gosokkan ke seluruh kulit kepala. Biarkan beberapa minit, selepas itu cuci sehingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh meredakan pening dan menyejukkan kepala.

6. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing. Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lelemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksik melalui peluh. Tubuh terasa lebih ringan dan segar jika amalan rawatan haba dilakukan secara teratur. 


7. Kunyit 
Jika wanita India menggunakan kunyit untuk menyerikan wajah, begitu juga dengan wanita Thai. Kunyit sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan seperti skrub dan sabun di Thailand. Sifat kunyit yang mengandungi antiseptik berupaya menghilangkan jerawat malah membantu mencerahkan kulit. Berikut adalah ritual cantik wanita Thai untuk melicinkan kulit wajah meng- gunakan kunyit: 
CARANYA: Ambil 1cm kunyit hidup, setengah camca asam jawa dan bedak sejuk. Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah setiap hari sebelum tidur. Insya-Allah kulit wajah lebih licin.  

8. Lulur
Satu lagi kemestian dalam ritual cantik wanita Thai adalah amalan berlulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan adalah: 
  • Kulit tubuh lebih halus.
  •  Kulit lebih cerah dan gebu.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati.
  • Memudar dan menghilangkankesan parut.
  •  Melancarkan peredaran darah. 


9. Lidah Buaya 
Tidak lengkap ritual wanita Thai tanpa menggunakan daun lidah buaya. Khasiat gel daripada  daunnya berkesan menghilangkan jerawat. Maka tidak hairanlah mengapa daun lidah buaya sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan. Gel lidah buaya juga sesuai untuk menegangkan kulit wajah yang kendur sekali gus mengurangkan kedutan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembap untuk kulit dan rambut. 

10. Masker Betik 
Wanita Thai gemar menggunakan masker betik kerana ia kaya dengan Vitamin A yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. Betik adalah sumber antipenuaan serta bahan pencerahan semula jadi yang dapat merawat kulit kendur.
CUBA INI: Campurkan tiga camca besar betik masak yang dikisar, 1/3 cawan oat dan satu camca besar madu. Sapu pada muka dan biarkan selama lima hingga 10 minit kemudian bilas dengan air suam. Insya Allah kulit wajah beransur tegang.  

BUNTU DENGAN MASALAH JERAWAT? PARUT? KULIT KUSAM? WAJAH NAMPAK TUA? MASIH GAGAL NAK DAPATKAN KULIT CERAH DAN SIHAT?

WALAUPUN DAH CUBA MACAM2 PRODUK?
Kenapa tak cuba kaedah klasik yang terkenal sejak dulu lagi dan yang paling penting SELAMAT DAN JIMAT !


Berikan peluang pada diri anda untuk mengamalkan masker Turmeric+ yang telah TERBUKTI dapat mengecutkan jerawat SEPANTAS 1 HARI dan menjadikan kulit sihat, bersih dan cerah dalam jangka masa panjang.



Apa kata mereka yang telah menggunakan Turmeric+ ?








Apa yang best tentang Turmeric+ ni ?

Turmeric+ adalah ramuan lengkap untuk nutrisi kulit kita. Dengan menggunakan 100% bahan organik dan tanpa pengawet, Turmeric+ selamat digunakan tanpa meragui kesan sampingan kepada kulit.

Digunakan sebagai masker dan scrub, Turmeric+ boleh digunakan setiap hari untuk kebaikan kulit kita. Sesuai digunakan oleh seisi keluarga.

Antara bahan organik yang terdapat dalam Turmeric+ adalah :

    • Beras
    • Kunyit
    • Temulawak
    • Cekur
    • Kulit Kayu Manis
    • Kulit Manggis
    • Garam Bukit

Kebaikan menggunakan Turmeric+ :

  • Hilangkan jerawat dan jeragat
  • Mengurangkan kesan parut akibat jerawat
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Sebagai agen pencerah semulajadi
  • Menegangkan dan menghaluskan kulit
  • Menghilangkan garis halus tanda penuaan
  • Menjadikan kulit gebu dan awet muda

Bayangkan Perasaan Anda Selepas Menggunakan Turmeric+




  • Puas hati kerana jerawat kat muka dah hilang
  • Teruja kerana hanya perlu tacap makeup nipis je sebab dah natural beauty
  • Tersenyum dipuji rakan rakan
  • Suami semakin sayang apabila belai kulit anda yang halus dan gebu
  • Senyum depan cermin kerana kulit flawless


Ini Soalan Yang Biasa Ditanya

  • Berapa Lama Boleh Nampak Kesan ?
Berdasarkan feedback pelanggan kami, kesan seawal 1 hari jerawat akan pudar. (Kesan penggunaan tertakluk kepada metabolisma badan masing-masing).

  • Berapa Lama Penggunaan 1 Botol Turmeric+ ?
1 Botol Turmeric+ 140g cukup untuk kegunaan 1 hingga 2 bulan bergantung pada penggunaan. Pek jimat 35g cukup untuk 1 hingga 3 minggu bergantung pada penggunaan.

  • Bagaimana Turmeric+ Berfungsi?
Ramuan semulajadi Turmeric+ akan membekalkan nutrisi lengkap untuk kulit selain mematikan sel jerawat serta menyerap minyak berlebihan. Apabila digunakan sebagai scrub, ia akan memudarkan parut bekas jerawat sekaligus menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik secara semulajadi.

  • Apa Akan Jadi Kalau Saya Berhenti Menggunakan Turmeric+ ?
Tidak menjadi sebarang masalah sekiranya berhenti atau jarang menggunakan Turmeric+ kerana Turmeric+ bukanlah ubat tetapi hanya rawatan tradisional dan 'suppliment' terbaik untuk kulit agar sihat semulajadi.

  • Berapa Harga ?
Hanya serendah RM10 untuk pek jimat 35g Zip Lock dan RM45 untuk botol 140g + free gift + free postage seluruh Malaysia.

  • Bagaimana Nak Order ?
Boleh menghubungi agen dan stokis kami yang berhampiran anda atau terus whatsapp HQ di nombor 016 2003 885 dan team kami akan bantu anda.

  • Ada Offer Lain ?
Ada. Sertai kami sebagai agen dan stokis dengan MODAL YANG SANGAT RENDAH dan jana pendapatan sehingga 4 angka sebulan tanpa perlu buat banyak kerja kerana akan dibantu oleh team kami dengan pakej2 terbaik dari kami agar agen dan stokis mudah membuat jualan.


Hubungi Kami Sekarang

0 comments:

Post a Comment