Friday 1 June 2018

Akibat Taksub Nak Cantik


BEAUTY is pain! Itu ungkapan lazim dipegang kebanyakan wanita yang sangggup menahan kesakitan semata-mata ingin tampil cantik bergaya persis bak seorang model di pentas peragaan.
Bagi sesetengah wanita, asalkan mereka kelihatan anggun sehingga mampu membuat sang jejaka merenung tanpa berkelip mata, apa sahaja sanggup dilakukan.
Ada menggunakan kaedah pembedahan kosmetik. Tidak kurang juga menggunakan pelbagai bahan produk kecantikan yang tidak diketahui kandungan kimia, akhirnya mengundang padah dan mudarat kepada diri sendiri.
Itulah yang berlaku kepada seorang remaja di Newport, Amerika Syarikat yang kini cacat setelah jari telunjuk kanannya terpaksa dipotong selepas membusuk gara-gara gam kuku palsu, sekitar Mac lalu.
Sebelum itu, Sarah Greenaway, 17, dilaporkan membeli gam kuku di sebuah kedai di Pontypool, South Wales, namun selepas beberapa hari menggunakannya, jarinya sakit dan kuku asalnya berubah menjadi warna hijau kehitaman.
Berikutan itu, doktor terpaksa memotong hujung jarinya sepanjang 2.54 sentimeter dan dia kini terpaksa menjalani sesi fisioterapi untuk membantunya menggerakkan jarinya kembali.
Sementara itu, igauan ngeri turut dialami Lauren Yardley, 25, apabila payu daranya tiba-tiba terkoyak selepas prosedur implan yang dijalaninya sekitar Mac tahun lalu gagal.
Implan dilakukan wanita berasal dari Coventry, United Kingdom itu bagi membesarkan payu daranya daripada saiz A kepada DD dikatakan telah terkeluar selepas tidak diterima badan dan pembedahan semula terpaksa dilakukan.
Dikatakan tisu sekitar implan mengetat dan menolaknya ke luar melalui kesan jahitan di bahagian bawah payu dara Yardley, dan kesan daripada itu, dia menanggung malu selama enam bulan kerana payudaranya tidak seimbang.
Kes-kes tersebut merupakan sebahagian daripada derita si wanita yang ingin tampil cantik, namun akhirnya mengundang padah kepada diri mereka.
Kesan sampingan akibat pembedahan kosmetik juga dikatakan tinggi kerana setiap pembedahan yang dilakukan belum tentu seratus peratus akan berjaya seperti mana diimpikan.
Lebih menakutkan, ia juga boleh mengakibatkan kecacatan pada bahagian yang dibedah dan maut akibat komplikasi yang dihadapi ketika pembedahan.
Banyak kisah tragis kegagalan pembedahan kosmetik sudah dilaporkan, dan dunia pernah dikejutkan dengan kematian Adriana De Silva selepas koma dua hari setelah menjalani pembedahan sekitar April 2013.
Ibu kepada dua anak itu dilaporkan telah mengunjungi sebuah pusat perubatan di Florida untuk menjalani pembedahan sedut lemak, mengempiskan perut dan implan payu dara sebagai hadiah hari jadi untuk dirinya sendiri.
Pembedahan kosmetik dijalani De Silva pada 5 April tahun lalu, namun wanita berasal dari Brazil itu diisytiharkan mengalami mati otak pada 21 April dan meninggal dunia dua hari selepasnya.
Nasib malang juga menimpa model seksi berasal dari Brazil, Pamela Baris do Nascimento yang menemui ajal setelah mengalami pendarahan teruk ketika melakukan pembedahan sedut lemak kali ketiga sekitar November 2012.
Kematian Baris do Nascimento dipercayai kerana kebocoran pada ginjal dan hati, bagaimanapun peguam keluarga mangsa mensyaki adanya kepincangan oleh pihak Hospital Green Hill, Sao Paolo.
Sekitar September 2011 pula, seorang warga emas, Janet Hardt dari Illinois, Amerika Syarikat meninggal dunia akibat jangkitan bakteria yang terhasil daripada suntikan lemak lembu ke bibir dan dagunya.
Pihak berkuasa Illinois mengesahkan kematian Hardt berpunca daripada lemak lembu berkenaan.
Kes kematian seumpama itu turut berlaku di Malaysia apabila dua wanita menjadi korban taksub kecantikan pada 2009.
Sekitar Disember tahun berkenaan, Faridah Sahari, berasal dari Paka, Terengganu, menemui ajal dipercayai selepas 20 minit menerima suntikan bius untuk pembedahan sedut lemak di sebuah klinik di ibu negara.
Sebelum itu, wanita terbabit dikatakan bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya dengan niat menguruskan berat badannya yang naik sebanyak 64 kilogram iaitu peningkatan sebanyak 10 kilogram.
Pada Mac tahun sama, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menerima nasib seperti Faridah, juga maut dipercayai selepas mendapat suntikan bius sebelum menjalani rawatan membuang lemak di sebuah klinik swasta di Ampang.
Ibu tiga anak dengan berat badan 50 kilogram sebelum itu telah menerima rawatan di klinik terbabit sebanyak 14 kali sejak Disember 2007 dan berjaya mengurangkan berat badan kepada 45 kilogram semasa akhir hayatnya.
Biarpun terselamat daripada maut, namun sesetengah kes pembedahan kecantikan mengakibatkan mangsa merana seumur hidup termasuk mengalami kecacatan kekal.
Hal itu berlaku ke atas bekas model Korea, Hang Mioku, 48, apabila wajahnya bertukar menjadi hodoh seperti raksasa setelah menjalani beberapa kali pembedahan plastik.
Keadaan menjadi lebih teruk selepas Hang bertindak menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil.
Wanita itu terdorong melakukan perkara itu setelah doktor yang merawatnya sebelum ini enggan melakukan pembedahan lagi selepas wajahnya semakin membesar.
Segelintir artis, selebriti dan sosialit Barat juga terpaksa menelan hakikat bahawa pembedahan kosmetik dan suntikan botoks dilakukan mereka dengan impian kekal muda dan cantik telah menjadikan wajah mereka hodoh.
Antara mereka ialah Michael Jackson, Donatella Versace, Amanda Lepore, Michaela Romanini, Jackie Stallone dan Jocelyn Wildenstein.
Dalam kes lain di China, seorang wanita dicerai dan disaman suaminya setelah rahsianya melakukan pembedahan kosmetik sebelum berkahwin terbongkar sekitar November 2012.
Jian Feng sebelum itu meragui wajah hodoh anaknya yang langsung tidak serupa wajah mereka berdua, sekali gus menyangka isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Jian Feng menfailkan saman kerana mendakwa tertipu dengan kecantikan palsu bekas isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sumber : Utusan Online



BUNTU DENGAN MASALAH JERAWAT? PARUT? KULIT KUSAM? WAJAH NAMPAK TUA? MASIH GAGAL NAK DAPATKAN KULIT CERAH DAN SIHAT?

WALAUPUN DAH CUBA MACAM2 PRODUK?
Kenapa tak cuba kaedah klasik yang terkenal sejak dulu lagi dan yang paling penting SELAMAT DAN JIMAT !



Berikan peluang pada diri anda untuk mengamalkan masker Turmeric+ yang telah TERBUKTI dapat mengecutkan jerawat SEPANTAS 1 HARI dan menjadikan kulit sihat, bersih dan cerah dalam jangka masa panjang.



Apa kata mereka yang telah menggunakan Turmeric+ ?







Apa yang best tentang Turmeric+ ni ?

Turmeric+ adalah ramuan lengkap untuk nutrisi kulit kita. Dengan menggunakan 100% bahan organik dan tanpa pengawet, Turmeric+ selamat digunakan tanpa meragui kesan sampingan kepada kulit.

Digunakan sebagai masker dan scrub, Turmeric+ boleh digunakan setiap hari untuk kebaikan kulit kita. Sesuai digunakan oleh seisi keluarga.

Antara bahan organik yang terdapat dalam Turmeric+ adalah :

    • Beras
    • Kunyit
    • Temulawak
    • Cekur
    • Kulit Kayu Manis
    • Kulit Manggis
    • Garam Bukit

Kebaikan menggunakan Turmeric+ :

  • Hilangkan jerawat dan jeragat
  • Mengurangkan kesan parut akibat jerawat
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Sebagai agen pencerah semulajadi
  • Menegangkan dan menghaluskan kulit
  • Menghilangkan garis halus tanda penuaan
  • Menjadikan kulit gebu dan awet muda

Bayangkan Perasaan Anda Selepas Menggunakan Turmeric+


  • Puas hati kerana jerawat kat muka dah hilang
  • Teruja kerana hanya perlu tacap makeup nipis je sebab dah natural beauty
  • Tersenyum dipuji rakan rakan
  • Suami semakin sayang apabila belai kulit anda yang halus dan gebu
  • Senyum depan cermin kerana kulit flawless


Ini Soalan Yang Biasa Ditanya

  • Berapa Lama Boleh Nampak Kesan ?
Berdasarkan feedback pelanggan kami, kesan seawal 1 hari jerawat akan pudar. (Kesan penggunaan tertakluk kepada metabolisma badan masing-masing).

  • Berapa Lama Penggunaan 1 Botol Turmeric+ ?
1 Botol Turmeric+ 140g cukup untuk kegunaan 1 hingga 2 bulan bergantung pada penggunaan. Pek jimat 35g cukup untuk 1 hingga 3 minggu bergantung pada penggunaan.

  • Bagaimana Turmeric+ Berfungsi?
Ramuan semulajadi Turmeric+ akan membekalkan nutrisi lengkap untuk kulit selain mematikan sel jerawat serta menyerap minyak berlebihan. Apabila digunakan sebagai scrub, ia akan memudarkan parut bekas jerawat sekaligus menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik secara semulajadi.

  • Apa Akan Jadi Kalau Saya Berhenti Menggunakan Turmeric+ ?
Tidak menjadi sebarang masalah sekiranya berhenti atau jarang menggunakan Turmeric+ kerana Turmeric+ bukanlah ubat tetapi hanya rawatan tradisional dan 'suppliment' terbaik untuk kulit agar sihat semulajadi.

  • Berapa Harga ?
Hanya serendah RM10 untuk pek jimat 35g Zip Lock dan RM45 untuk botol 140g + free gift + free postage seluruh Malaysia.

  • Bagaimana Nak Order ?
Boleh menghubungi agen dan stokis kami yang berhampiran anda atau terus whatsapp HQ di nombor 016 2003 885 dan team kami akan bantu anda.

  • Ada Offer Lain ?
Ada. Sertai kami sebagai agen dan stokis dengan MODAL YANG SANGAT RENDAH dan jana pendapatan sehingga 4 angka sebulan tanpa perlu buat banyak kerja kerana akan dibantu oleh team kami dengan pakej2 terbaik dari kami agar agen dan stokis mudah membuat jualan.


Hubungi Kami Sekarang

0 comments:

Post a Comment